ARKIB : 28/08/2012
BN beri layanan sama rata kepada rakyat
KUALA LIPIS 27 Ogos - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membezakan layanan yang diberikan kepada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain di negara ini khususnya bagi menyalurkan bantuan kebajikan menjelang musim perayaan.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, pemberian bantuan kebajikan berupa wang dan hamper makanan kepada semua kaum menjelang musim perayaan masing-masing adalah contoh jelas menzahirkan kesamarataan layanan kerajaan BN terhadap mereka.
Menurutnya, golongan miskin tanpa mengira kaum juga mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan BN melalui pelbagai jenis bantuan yang disediakan.
"Mereka yang miskin tanpa mengira kaum mendapat bantuan kebajikan misalnya, penduduk miskin Islam memperoleh zakat sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Begitu juga bantuan untuk kaum lain merayakan Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi bantuan yang kerajaan berikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan duit raya kepada 400 orang anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf di Taman Cheneras Jaya, di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu, Suhaimi menyampaikan duit raya berjumlah RM40,000 kepada penerima berkenaan yang masing-masing memperoleh RM100 setiap seorang.
Menurut Suhaimi, agihan wang kebajikan berkenaan diperuntukkan menerusi pemimpin parti komponen BN di kawasan masing-masing untuk diagihkan pada musim perayaan.
"Dari semua sudut, kerajaan BN bertimbang rasa serta memfokuskan pelbagai bantuan kepada golongan sasar iaitu terdiri daripada semua kaum dan amat jauh berbeza dengan pendekatan pembangkang," katanya.
Katanya, pelbagai bantuan diberikan kepada golongan terbabit supaya lebih selesa menyambut perayaan termasuk menyediakan persiapan menjelang persekolahan.
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









