ARKIB : 28/08/2012
Bentuk jati diri generasi muda
MARAN 27 Ogos - Penglibatan generasi muda khususnya di tanah rancangan Felda menyertai pasukan sukarelawan amat dialu-alukan bagi membentuk jati diri serta meningkatkan semangat cintakan negara.
Penyertaan mereka dalam pasukan itu sememangnya dituntut kerana ia dapat membentuk sikap bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan negara.
Perkara itu dapat dilihat apabila Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) komited meneruskan kempen 'Jom Masuk Askar Wataniah' di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kempen itu bertujuan menarik minat golongan belia untuk menyertai pasukan tersebut yang mana ia semakin mendapat sambutan selepas dilancarkan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor pada awal tahun ini.
Menurutnya, gerakan untuk menambah keanggotaan Askar Wataniah di tanah rancangan akan dilakukan dengan membabitkan pelajar lepasan sekolah, institusi pengajian tinggi, kakitangan kerajaan, swasta dan usahawan.
''Pada masa sama bekas tentera digalakkan menyertainya supaya kepakaran dan pengalaman dalam selok-belok ketenteraan dapat disalurkan kepada generasi baru Felda.
''GWGF menghargai langkah Kementerian Pertahanan dan Felda yang memberi sokongan penuh terhadap penubuhan Kompeni Askar Wataniah Felda,' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda negeri oleh Panglima 4 Divisyen Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki di Felda Dahlia Jengka 3 di sini.
Abdullah berkata, kompeni askar wataniah di setiap tanah rancangan Felda akan bergerak secara berkumpulan mengikut wilayah Felda masing-masing di seluruh negara.
''Penyertaan generasi itu membuktikan anak kelahiran tanah rancangan turut bersemangat mempertahankan tanah air daripada diceroboh anasir luar,'' katanya.
Menurutnya, sempena majlis pelancaran ini, Kementerian Pertahanan mengadakan perbarisan membabitkan 12 pegawai dan 120 anggota Askar Wataniah warga Felda yang diketuai Leftenan Kolonel Zulkepli Abd. Latif.
''Acara lain yang diadakan ialah pertunjukan dan persembahan padang iaitu gabungan brass band 4 Briged Mekanis, senaman, Army Red Warriors, pameran dan sebagainya,'' katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi berkata, gagasan penubuhan Kompeni Askar Wataniah Felda adalah selari dengan sasaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempunyai keanggotaan sehingga 200,000 orang menjelang 2020.
Jelasnya, ATM komited untuk menambah kekuatan anggota Askar Wataniah di seluruh negara yang mana ketika ini kira-kira 100,000 anggota termasuk sukarelawan cabang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menyertainya.
''Penubuhan itu di tanah rancangan bertujuan memberi kesedaran kepada warga Felda tentang kepentingan keselamatan negara," katanya.
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Wanita perlu proaktif untuk kemakmuran negara
Jangan bimbang bahan sianida
Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB
Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









