ARKIB : 10/08/2012
Berbelanja biar sederhana
Saudara Pengarang,
Bahang kemeriahan Aidilfitri mula dirasai apatah lagi lagu raya kini rancak berkumandang di stesen radio, malah pusat beli-belah turut mengambil inisiatif yang sama sebagai usaha menarik pelanggan untuk berkunjung ke premis mereka.
Pelbagai barangan keperluan raya boleh didapati di mana-mana sahaja termasuk gedung beli-belah, malah di bazar Ramadan seperti yang popular di hadapan Terminal Makmur, Kuantan yang bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa, malah turut menjual pelbagai jenis biskut raya dan pakaian.
Lazimnya, apabila tiba musim perayaan, pelbagai iklan tawaran muncul untuk mempengaruhi pengguna supaya berkunjung ke tempat mereka dengan potongan harga terendah, pemberian mata ganjaran dan sebagainya.
Tanpa disedari, sebenarnya pelbagai perkara timbul pada musim raya ini, antaranya kenaikan harga yang mendadak kesan daripada permintaan tinggi. Selain itu, turut berlaku pembelian panik apabila ada ura-ura sesuatu jenis barang akan mengalami kenaikan harga.
Tetapi apa yang dapat saya lihat, ramai rakyat di negara ini sukar mengubah tabiat dalam soal perbelanjaan dan bersifat tegar iaitu membeli-belah tanpa menggunakan kewarasan terutama pada musim perayaan.
Apa yang saya lihat, tawaran yang dibuat oleh sesetengah pusat perniagaan itu hanya untuk mengaburi mata pengguna dan di sini kita perlu bijak mengawal dan merancang perbelanjaan supaya tidak rasa tertipu dengan taktik mereka.
Tidak salah kalau kita berbelanja di musim perayaan ini dengan membeli pakaian termasuk menghiasi rumah dengan perabot baru, namun perlu sentiasa beringat dan merancang setiap perbelanjaan dengan teliti agar setiap aliran kewangan itu mengikut keperluan dan bukan nafsu semata-mata.
Ada dalam kalangan kita membeli barangan yang tidak diperlukan, tetapi sebagai memenuhi tuntutan keinginan semata-mata iaitu ingin bersaing dengan orang lain.
Pepatah Melayu ada mengatakan, ikut hati mati, ikut rasa badan binasa. Oleh itu, berbelanja secara berhemat serta di bawah kemampuan kita akan dapat menghindari daripada menanggung bebanan hutang selepas musim perayaan hingga mendatangkan kemudaratan.
Jangan mudah tertipu dengan promosi yang dilakukan oleh sesetengah peniaga yang hanya ingin mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai pengguna kita perlu bijak membuat perbandingan sesuatu barangan yang hendak dibeli asalkan ia murah dan berkualiti.
Nasihat saya, rancang dahulu sebelum berbelanja selain mengetahui hak-hak kita sebagai pengguna bagi mengelak rasa tertipu dan dianiayai oleh peniaga yang tidak mengambil berat soal kualiti barangan dijual.
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









