ARKIB : 07/08/2012
Jangan terperangkap dengan pembangkang
BENTONG 6 Ogos - Rakyat sekali lagi diingatkan supaya tidak terperangkap dengan janji-janji manis pembangkang sebaliknya perlu melihat serta menilai sumbangan mereka terhadap negeri-negeri yang dikuasai ketika ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, janji yang digembar-gemburkan oleh pembangkang hanya semata-mata mahu memancing undi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Jelasnya, antara janji yang diuar-uarkan ialah menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), menurunkan harga barangan dan petrol serta beberapa perkara lain yang dilihat tidak munasabah.
"Jika PTPTN dihapuskan maka tiada lagi peluang pelajar terutamanya golongan miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan lebih RM44 bilion setakat ini bagi pinjaman kepada 1.92 juta pelajar melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara," kata Adnan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini semalam.
Adnan berkata, kerajaan BN bukan sahaja sentiasa berusaha membantu rakyat malah bantuan tersebut diteruskan sepanjang masa.
Ketika ini katanya, lebih RM50 bilion setahun diperuntukkan bagi subsidi untuk rakyat dan kerajaan tidak bercadang menghentikannya.
"Bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat, kerajaan membelanjakan RM18 bilion setahun yang mana perbelanjaan menyediakan ubat-ubatan sahaja adalah RM1.8 bilion.
"Pemberian pelbagai bantuan, subsidi dan durian runtuh ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin bagi membela nasib rakyat tanpa memilih etnik, bangsa (kaum) dan fahaman politik," katanya.
Tiga anak Felda tawan Everest wajar diiktiraf
Jadikan tiga pendaki Gunung Everest sebagai ikon belia Pahang
Kerajaan BN tetap salur bantuan
Manfaatkan sumber tempatan
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









