ARKIB : 01/08/2012
700 mahasiswa UMP berbuka bersama KSU KMT
KUANTAN 31 Julai - Seramai 700 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Majlis Iftar dan Sahur bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KMT), Datuk Ab. Rahim Md. Noor baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh 180 peserta program keusahawanan Women ini Social Enterprise (WISE) yang hadir bersama keluarga angkat masing-masing.
Menurut Ab. Rahim, program WISE yang diperkenalkan kementerian melibatkan penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipadankan dengan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk dijadikan keluarga angkat bagi memberi latihan dalam meningkatkan kemahiran perniagaan mereka.
Kata beliau, program itu bakal melahirkan pelajar IPT yang berdaya saing, berkepimpinan dan berkemahiran selain dapat meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat.
"Dijangkakan seramai 800 pelajar IPT, 400 usahawan sahabat AIM, 100 tenaga pengajar dan 20 pegawai AIM terlibat dalam menjayakan program WISE yang diperkenalkan sejak April lalu.
"Pelajar akan diberi penilaian dan markah oleh penyelia sebagai aktiviti kokurikulum di IPT masing-masing," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Pada majlis itu, Ab. Rahim turut menyampaikan sumbangan elaun RM200 setiap seorang kepada 33 mahasiswa UMP dan 22 penuntut Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) beserta keluarga angkat masing-masing.
UMP turut meraikan peserta Sinar Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Mahkota ECER Kuala Pahang yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang, SK Lepar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar dan SMK Indera Shahbandar, Pekan yang menyertai Seminar Kecemerlangan Peperiksaan selama dua hari bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Turut hadir, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.
mengharapkan program yang dikendalikan di bawah Pusat Keusahawanan UMP ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar menerusi aktiviti keusahawanan ini.
Malah katanya, penganjuran program sedemikian akan dapat meningkatkan kerjasama strategik antara IPT dan industri dalam pembangunan komuniti setempat.
Tiga anak Felda tawan Everest wajar diiktiraf
Jadikan tiga pendaki Gunung Everest sebagai ikon belia Pahang
Kerajaan BN tetap salur bantuan
Manfaatkan sumber tempatan
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









