ARKIB : 01/08/2012
Program masyarakat manfaat pelajar
KUANTAN 31 Julai - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang dipuji kerana meletakkan aktiviti khidmat masyarakat sebagai agenda penting dalam pembentukan sahsiah mahasiswa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, mahasiswa bukan sahaja perlu bijak dalam bidang akademik tetapi juga memanfaatkan aktiviti itu
Tegas beliau, mahasiswa perlu memperuntukkan lebih banyak masa bersama masyarakat serta persekitaran yang sentiasa berubah berikutan pengaruh global.
Tambah beliau, program kemasyarakatan UiTM di banyak lokasi seperti di Kampung Sri Fajar Kuantan dapat memberi peluang kepada mahasiswa belajar mengenali rakyat.
Menerusi program sebegini, mahasiswa diharapkan dapat mengambil peluang serta memikul tanggungjawab untuk 'turun padang' bersama dengan masyarakat.
"Ini penting bagi seorang mahasiswa itu untuk membina keperibadian mereka yang suatu masa nanti akan kembali kepada masyarakat untuk memberikan khidmat," ujarnya ketika merasmikan program khidmat masyarakat Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam di Kampung Seri Fajar dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, mahasiswa seharusnya bersikap lebih matang dalam menghadapi cabaran serta dapat memberikan impak positif kepada perubahan dalam masyarakat.
Hadir sama, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasinya, Muhamad Sufyan Mohd. Zaki dan Pengarah program, Mohd. Ikhwan Abdul Aziz.
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









