ARKIB : 01/08/2012
Polisas adakan Kempen Kibar Jalur Gemilang
KUANTAN 31 Julai - Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-55 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, turut mengambil inisiatif mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang di peringkat institusi pengajian tinggi itu.
Kempen tersebut dilancarkan Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara di kalangan warga Polisas seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara.
Menurutnya, program patriotisme seperti itu membuktikan Polisas sentiasa komited menyokong hasrat kerajaan bersama-sama meraikan sambutan hari kemerdekaan negara.
"Ia juga pendekatan dan platform yang baik bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing serta masyarakat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan kakitangan Polisas di sini baru-baru ini.
Majlis di Dewan Seminar Kokurikulum itu turut dihadiri Timbalan Pengarah (Akademik), Mohamad Isa Azahari, ketua-ketua jabatan serta 400 warga institusi berkenaan.
Selain itu, sebagai simbolik pelancaran, Abu Bakar menyerahkan bendera kepada tujuh ketua jabatan sambil dimeriahkan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang, ikrar perkhidmatan awam serta sumbangan kurma sempena Ramadan.
Sementara itu, Pegawai Unit Pengurusan Latihan Industri, Akmaruljehan Samiun berharap, semangat patriotisme tidak hanya wujud pada bulan kemerdekaan tetapi perlu diterap dalam diri setiap warga Polisas khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Zainal Abidin, Temah dipilih Tokoh Guru Maran
Klinik 1Malaysia Bera bakal beroperasi sehingga 10 malam
UMP tingkatkan tahap kebersihan
ICE berjaya cungkil bakat inovatif pelajar
Janji BR1M tetap akan ditunai
Warga pendidik perlu elak dilabel tidak profesional
Tanaman padi huma sumber rezeki utama Wan Chik
Tarik semula pelancong ke Kuala Gandah
Pengguna hadapi risiko kemalangan
Empower lonjak sektor pendidikan di Temerloh
Pelajari pengurusan sumber manusia di Jerman
LPPKN sedia pelbagai acara sempena program Hari Bapa
Hobi kumpul duit lama beri keuntungan
Mantapkan penguasaan bahasa kebangsaan
Kongsi insiden Lahad Datu
Ibu tunggal digesa daftar dengan JPW
Perubahan aliran trafik Kuantan
Persiap digesa susun program yang mampu beri impak positif
Masih banyak tanah tidak dimajukan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










