VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 31/07/2012

Peranan isteri peneroka diiktiraf

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan cek durian runtuh kepada salah seorang isteri peneroka di Felda Bukit Puchong Bera, Pahang, kelmarin.

BERA 30 Julai - Pemberian 'durian runtuh' kepada isteri peneroka merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada golongan itu yang selama ini memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada suami masing-masing dalam membangunkan Felda.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan yang dicapai oleh suami dalam pelbagai lapangan adalah kerana didorong oleh isteri yang setia dalam menghadapi sebarang situasi.

Hakikat ini katanya, tidak terkecuali bagi warga peneroka terutama pada peringkat awal memasuki tanah rancangan apabila ketabahan isteri menghadapi segala kekurangan menjadi pembakar semangat kepada suami untuk meneruskan kehidupan sebagai peneroka.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan peranan penting isteri peneroka telah memberi durian runtuh RM5,000 seorang yang selama ini tidak pernah terfikir mereka sendiri.

"Bagi tujuan itu, Felda memperuntukkan RM563 juta bagi fasa kedua pengagihan wang durian runtuh melibatkan 112,635 isteri peneroka di seluruh negara berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. di Bursa Malaysia baru-baru ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian cek durian runtuh kepada 888 isteri peneroka Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong di Felda Bukit Puchong, di sini semalam.

Sebanyak RM2.275 juta akan diagihkan-agihkan kepada 455 isteri peneroka di Felda Bukit Mendi manakala RM2.165 juta lagi kepada 433 isteri peneroka Felda Bukit Puchong.

Tambah Ismail Sabri, keprihatinan Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan beliau merupakan pemimpin yang sentiasa memikirkan cara untuk membela warga peneroka.

"Justeru pemimpin seperti ini perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Kita tidak harus memilih orang lain yang penuh retorik dengan janji sahaja.

"Jangan mudah mencurahkan air penuh di tempayan kerana mendengar dentuman di langit sedangkan ia belum tentu menurunkan hujan. Nanti menyesal tidak sudah,'' jelasnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Ismail Sabri juga mengingatkan peneroka yang mempunyai dua isteri atau bekas isteri agar mengagihkan durian runtuh RM5,000 tersebut secara adil kerana masing-masing berperanan membanting tulang memakmurkan keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.