ARKIB : 30/07/2012
Masjid, surau di Kuala Krau terima peruntukan
KUALA KRAU 29 Julai - Sebanyak 46 buah masjid dan 71 surau dalam Parlimen Kuala Krau menerima sumbangan khas majlis berbuka puasa berjumlah RM81,500 melibatkan peruntukan RM1,000 untuk setiap masjid manakala RM500 untuk surau.
Penyerahan sumbangan khas itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Ketam, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Ismail, peruntukan khas itu bagi menampung perbelanjaan pihak jawatankuasa masjid dan surau yang bertambah berikutan banyak menganjurkan program sepanjang bulan Ramadan.
''Kerajaan memberi jaminan peruntukan seumpama ini akan terus diberi kepada masjid dan surau pada tahun hadapan dengan syarat negara kekal aman dan makmur.
''Justeru, rakyat harus bersyukur kerana dapat menikmati pembangunan negara sekarang sekali gus perlu berusaha untuk mempertahankannya,'' katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Menurut beliau, sumbangan khas kepada masjid dan surau secara langsung membuktikan kerajaan tidak mengabaikan aspek dakwah Islamiah di negara ini.
Malah katanya, keprihatinan terbaru kerajaan apabila 400 orang imam dan ketua kampung bertuah ditawarkan mengerjakan ibadah haji tahun ini selain pemberian pelbagai bantuan lain termasuk kain jubah dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain, Ismail mengingatkan jawatankuasa masjid dan surau termasuk ibu bapa supaya lebih proaktif menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan disiplin dalam kalangan remaja.
Ini kerana, ujar beliau, tingkah laku negatif golongan remaja ini termasuk kes kecurian dan penyalahgunaan dadah pada tahap membimbangkan.
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









