ARKIB : 29/07/2012
RM40j tanam semula getah
RAUB 28 Julai - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan lebih RM40 juta bagi program tanaman semula getah di negeri ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan melibatkan kawasan seluas 16,000 hektar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, program itu akan melibatkan kebun getah milik pekebun kecil dan tanaman berkelompok itu dan agensi itu turut menyediakan benih getah klon terbaru bermutu tinggi.
Menurutnya, hasil torehan pokok getah baru itu nanti mampu memberikan pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan bagi kebun seluas 2.5 hektar.
"Risda dari semasa ke semasa sentiasa berusaha membuat kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan klon serta benih getah bermutu tinggi dalam meningkatkan pendapatan para pekebun kecil.
"Pokok getah sedia ada tidak sesuai kerana tidak lagi mampu mengeluarkan getah yang bermutu serta menghasilkan susu yang banyak. Jika tidak menggunakan klon terbaru kita boleh tertinggal berbanding susu getah di negara jiran yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Galakan Membaja Risda di Kampung Sempalit dekat sini kelmarin.
Menurut Shahiruddin, negara-negara jiran kini sudah maju ke depan apabila mereka menggunakan benih serta klon getah terbaru yang meningkatkan pengeluaran susu secara berganda.
Sehubungan itu, beliau berharap para pekebun kecil di negeri ini dapat menggunakan benih dan klon getah baru serta menggunakan teknik pembajaan secara terancang bagi mendapatkan hasil yang banyak.
"Perolehan susu yang banyak dan getah berkualiti akan dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Industri ini mempunyai masa depan yang cerah kerana dunia mengutamakan penggunaan getah asli berbanding getah tiruan berikutan kenaikan harga petroleum yang digunakan untuk membuat getah tiruan," jelasnya.
Tiga anak Felda tawan Everest wajar diiktiraf
Jadikan tiga pendaki Gunung Everest sebagai ikon belia Pahang
Kerajaan BN tetap salur bantuan
Manfaatkan sumber tempatan
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









