ARKIB : 24/07/2012
Baiki segera bazar Ramadan
KUANTAN 23 Julai - Setiap penganjur bazar Ramadan di negeri ini perlu menyediakan kelengkapan yang sempurna kepada para peniaga termasuk memasang lampu serta kipas di setiap kanopi demi keselesaan pengunjung.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda kesal dengan sesetengah penganjur yang tidak menyediakan kemudahan tersebut sehingga menyukarkan para pengunjung memilih juadah berbuka puasa dengan selesa terutama dalam keadaan bersesak.
"Sepatutnya segala kelengkapan itu diutamakan sebelum ia beroperasi sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu awal.
"Setiap kanopi perlu dilengkapi dengan lampu, kipas dan keperluan lain kerana kita sedia maklum dengan kehadiran jumlah pengunjung yang ramai," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli mengunjungi bazar Ramadan di Jalan Mahkota Square berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini semalam.
Titah baginda, semua pihak sedia maklum bahawa setiap golongan tanpa mengira kaya atau miskin akan datang ke situ bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.
"Justeru, semua ini memerlukan perancangan yang teliti dan kehadiran bazar Ramadan hanya setahun sekali.
"Beta harap setiap penganjur perlu melakukan penambahbaikan demi keselesaan para pengunjung," titah Sultan Ahmad Shah sambil menunjukkan pakaian baginda dan beberapa pengunjung lain yang dibasahi peluh.
Terdahulu, Sultan Ahmad Shah memilih sendiri juadah untuk berbuka puasa seperti kuih akok, sambal ikan bilis, nasi beriani dan ikan kembong bakar yang merupakan makanan kesukaan baginda.
Baginda meluangkan masa kira-kira dua jam bagi mengunjungi sebahagian daripada 248 gerai dan bermesra dengan orang ramai serta para peniaga.
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Wanita perlu proaktif untuk kemakmuran negara
Jangan bimbang bahan sianida
Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB
Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









