VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 23/07/2012

Isu setinggan Karak selesai

Liow Tiong Lai (duduk, tengah) dan M. Davendran (duduk dua dari kiri) bersama-sama 24 penduduk setinggan yang mendapat surat tawaran tanah daripada kerajaan di Karak, Bentong, kelmarin.

BENTONG 22 Julai - Selepas menunggu selama 12 tahun, 24 keluarga setinggan di Karak di sini akhirnya ditawarkan sebidang tanah bagi membolehkan membina rumah mereka sendiri.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua keluarga terbabit diberi surat tawaran untuk memiliki sebidang tanah bagi tujuan itu di Taman Karak Jaya.

Menurutnya, mereka juga dikecualikan daripada membayar premium, sebaliknya hanya perlu membayar yuran memproses tanah iaitu sebanyak RM360.

"Saya gembira apabila isu tanah membabitkan 24 keluarga setinggan terbabit yang timbul dan memberikan kesan terhadap kehidupan mereka berjaya diselesaikan dengan baik.

"Ia adalah contoh bagaimana keprihatinan kerajaan menunaikan janji-janjinya kepada rakyat yang menghadapi masalah berjaya diselesaikan tanpa perlu berlaku provokasi atau demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap di majlis penyerahan surat tawaran tanah itu di sini semalam.

Menurut beliau, penyelesaian situasi menang-menang itu dibuat kerana Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, Datuk M. Davendran memahami masalah dan kesukaran yang dihadapi penduduk terbabit.

Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membantu membangunkan semula kampung tersebut dengan membina rumah mereka seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

"Sebagai wakil rakyat, saya yang mewakili kerajaan negeri dan juga ADUN Sabai ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana kesabaran dan terus memberi keyakinan kepada kerajaan menyelesaikan masalah yang timbul secara baik," katanya.

Sementara itu salah seorang penduduk yang ditemui, R. Mahesvary, 38, melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri terutama Ahli Parlimen Bentong dan ADUN Sabai apabila berusaha keras untuk menyelesaikan isu tersebut.

Seorang lagi penduduk, Wong Phaik Yoong, 47, berkata, dia sudah tiga kali berpindah-randah sementara menunggu permohonannya untuk mendapatkan tanah bagi membina rumah sendiri diluluskan.

"Saya amat gembira mendapat surat tawaran ini selepas 12 tahun dan pasti akan menyokong kerajaan sedia ada," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.