ARKIB : 22/07/2012
Masjid terima sumbangan Ramadan
KUANTAN 21 Julai - Sebanyak RM220,500 disumbangkan kepada 77 buah surau dan 35 buah masjid di sekitar kawasan Parlimen Paya Besar sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, sumbangan itu meliputi ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Panching sebanyak RM43,500 bagi surau manakala RM30,000 lagi untuk masjid.
"Sungai Lembing pula sebanyak RM45,000 (surau) dan RM33,000 (masjid) manakala Lepar sebanyak RM27,000 (surau) dan RM42,000 (masjid).
"Pada tahun ini, jumlah sumbangan Ramadan dinaikkan kepada RM3,000 bagi masjid dan RM1,500 untuk surau berbanding tahun lalu iaitu hanya RM1,000 (masjid) dan RM500 (surau)," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Kepada Masjid dan Surau kawasan Parlimen Paya Besar, di sini kelmarin.
Turut serta pada majlis penyampaian yang dihadiri pengerusi-pengerusi masjid dan surau itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar.
Menurut Abdul Manan, sumbangan itu diharap dapat meringankan perbelanjaan masjid dan surau bagi menyediakan keperluan sepanjang bulan Ramadan.
"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, saya harap ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin," jelasnya.
Tambahnya, beliau berharap sumbangan itu dapat disalurkan dengan jayanya berdasarkan matlamat penyerahannya.
"Kali ini kita tetapkan hanya pengerusi masjid dan surau sebagai penerima bagi mengelak sumbangan tidak sampai kepada sasaran yang ditetapkan," ujarnya.
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









