ARKIB : 21/07/2012
Keindahan negara tidak harus disia-siakan
KUANTAN 20 Julai - Kesempatan melihat keindahan alam semula jadi di tempat-tempat menarik di negara ini tidak seharusnya disia-siakan jika mempunyai peluang untuk mengunjunginya.
Itulah pendapat gadis kecil molek yang menghiasi ruangan Gadis Pahang minggu ini, Shamira Kamaruddin, 19, yang cukup teruja berkongsi cerita tentang destinasi pelancongan menarik di negara ini yang pernah dikunjunginya.
Menurutnya, setiap kali sebelum cuti semester, dia bersama beberapa rakan kuliah yang turut berkongsi minat akan membuat perancangan awal untuk menentukan destinasi pilihan yang menarik untuk dikunjungi.
"Hampir separuh pulau di negara ini telah saya kunjungi dan seronok apabila dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan selain pantainya yang bersih.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana negara kita memiliki tempat-tempat menarik, kewujudan pulau-pulau cantik seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Mabul dan Sipadan menjadikan negara kita terkenal di mata dunia," katanya di sini.
Tambah pelajar jurusan Diploma Industri Logistik di Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Johor Bahru itu lagi, selain melancong, dia turut melibatkan diri di dalam setiap penganjuran program di tempat pengajiannya bagi mengukuhkan lagi semangat setiakawan di kalangan pelajar.
"Selain mengeratkan silaturahim, kita dapat memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi idea antara satu sama lain dalam menjayakan sesuatu program itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Shamira turut berbangga apabila negeri kelahirannya dipilih menjadi tuan rumah bagi acara Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 pada kali ini dan berkesempatan menonton beberapa acara kegemarannya termasuk boling.
"Semua atlet yang terlibat khususnya kontinjen Pahang mempamerkan prestasi terbaik dan semangat juang tinggi," katanya yang pernah mewakili acara sukan boling di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kuantan.
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









