ARKIB : 21/07/2012
Bantuan kerajaan untuk ringankan beban rakyat
BERA 20 Julai - Bantuan yang disalurkan kepada rakyat bukannya untuk memancing undi sebaliknya bagi meringankan bebanan kehidupan harian mereka yang dibelenggu masalah kenaikan harga barangan keperluan asas.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bantuan itu sebagai sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negeri termasuk penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang.
Katanya, dalam perkara ini kerajaan tidak pernah pilih kasih untuk menyalurkan bantuan tersebut tidak kira sama ada mereka penyokong pembangkang atau sebaliknya.
"Mengundi itu hak peribadi, sama ada mereka undi kerajaan atau tidak, kerajaan akan tetap berikan bantuan kalau mereka layak menerimanya.
"Tetapi, kalau undi kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi bagus," katanya di hadapan lebih 550 penerima bantuan, di Kompleks Rakan Muda di sini kelmarin.
Turut hadir, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Kai Mun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, Norol Azali Sulaiman dan ADUN Kemayan, Mohd. Fadil Osman.
Menurut beliau, pemberian bantuan ini bukan kerana pilihan raya yang semakin hampir sebaliknya semua layak menerima RM150 setiap seorang tanpa mengira kaum.
Menurut Adnan, ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan rakyat malah, kerajaan negeri bersetuju menaikkan jumlah bantuan menerusi Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM70 sehingga jumlah maksimum RM300.
Katanya, kerajaan negeri membelanjakan RM15 juta setahun untuk memberi bantuan menerusi JKM kepada penduduk miskin, orang kurang upaya, warga emas dan sebagainya.
"Tetapi hanya mereka yang benar-benar layak dapat bantuan ini, manakala mereka yang mempunyai anak atau cucu yang mampu menyara, beri peluang kepada orang lain yang tidak berkemampuan," katanya.
Beliau turut meminta pihak JKM melaksanakan pemantauan terhadap mereka yang memerlukan supaya tidak ada yang tercicir daripada menerima bantuan.
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Wanita perlu proaktif untuk kemakmuran negara
Jangan bimbang bahan sianida
Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB
Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









