VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 05/07/2012

Bantuan tanam semula sawit terus diberikan

RAUB 4 Julai - Kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada pekebun kecil di seluruh negara untuk menggalakkan mereka menanam semula kelapa sawit yang berusia lebih 25 tahun menerusi Skim Bantuan Tanaman Semula (BTS) Sawit.

Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, setakat ini, kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperuntukkan lebih RM240 juta bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit.

Katanya, bantuan itu turut diberikan kepada para peneroka di tanah rancangan Felda dan peserta Felcra di samping pekebun kecil yang berdaftar dengan MPOB.

''Pada asalnya MPOB hanya memberi peruntukan RM200 juta kepada mereka (pekebun kecil) yang membuat tanaman semula pada 2006 sehingga 2008 sahaja.

''Bagaimanapun kerajaan turut memberikan peruntukan tambahan RM40 juta lagi setelah menimbang rayuan pekebun kecil yang membuat tanam semula sebelum tahun 2006," kata Hamzah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang bayaran Insentif Tanaman Semula kepada 434 peneroka Felda Lembah Klau dan 87 peneroka Felda Tersang 1 di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin; ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengurus Felda Wilayah Mempaga, Jahya Jainal.

Menurut beliau, MPOB akan memberikan bantuan tanaman semula RM1,000 bagi setiap kawasan satu hektar dan kebun kelapa sawit tidak melebihi empat hektar.

Katanya, kerajaan turut membantu pekebun kecil yang hendak memulakan tanaman kelapa sawit menerusi Skim Bantuan Tanaman Baru (BTB) Sawit dengan bantuan RM7,000 bagi setiap kebun seluas satu hektar dan perlu mendaftar dengan MPOB.

''Sehubungan itu saya menyeru setiap pekebun kecil yang memiliki tanah persendirian kurang daripada 10 hektar, pekebun kecil berkelompok dan syarikat digalakkan menyertai skim tersebut.

''Pekebun kecil tidak perlu bimbang kerana harga sawit akan terus stabil dan mempunyai masa depan yang cerah berikutan permintaan yang sentiasa meningkat," katanya.

Hamzah memberitahu, walaupun Indonesia menjadi pesaing utama negara dari segi keluasan tanaman sawit tetapi Malaysia masih merupakan pengeskport terbesar dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.