VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 21/01/2013

Dua kamera baru

Presiden Pemasaran Canon Malaysia, Melvyn Ho (kiri) pada pelancaran kamera Canon baru C500 dan EOS 1DC di Pavillion, baru-baru ini.

BAGI penggemar seni pengimejan terutamanya bagi peminat jenama Canon, kehadiran dua lagi 'ahli' baru dalam barisan kamera keluaran syarikat tersebut pastinya dinantikan.

Dikenali sebagai EOS C500 dan EOS-1D C, kedua-duanya merupakan jawapan kepada peningkatan permintaan terhadap teknologi rakaman di dalam industri perfileman.

Kini, pemain utama serta syarikat produksi di dalam industri tersebut mampu menghasilkan rakaman imej sehingga 4K (4,096 x 2,6100 piksel) resolusi rakaman.

Pembaharuan teknologi daripada Canon itu juga merupakan tanda aras bagi penampilan pertama kamera EOS khas untuk panggung wayang di negara ini.

Menurut Presiden Pemasaran Canon (Malaysia) Melvyn Ho, seni wayang (cinematography) digital pada masa kini semakin berkembang pesat.

"Kini hampir sebahagian atau sepenuhnya filem dirakamkan di dalam bentuk digital sekali gus mewujudkan satu pengalaman tontonan yang baru bagi penggemar wayang di Malaysia.

"Dalam pada itu, kejayaan Canon menghasilkan dua buah kamera baru, kami juga turut memperkenalkan barisan lensa untuk kegunaan kamera video yang mampu memenuhi kehendak dan keperluan pemain utama industri perfileman," katanya.

Tambahnya lagi, kehadiran dua kamera tersebut, Canon yakin industri perfileman di Asia akan lebih maju dan berkembang terutamanya dalam budaya pembikinan wayang.

Berpegang kepada falsafah di sebalik 'tiada kisah yang tidak diceritakan' (leave no story untold), penghasilan kedua-dua kamera tersebut amat bertepatan dengan situasi industri perfileman masa kini yang meletakkan standard resolusi rakaman pada tahap 4K.

Kamera EOS C500 bukan sahaja menawarkan pembikin filem dengan pilihan rakaman video berkualiti dan berprestasi tinggi, malah kelebihan mobiliti, ketahanan serta 'kebolehkembangan' (expandibility).

Menyasarkan pembikin wayang gambar di Hollywood, Bollywood serta industri penyiaran televisyen, Canon mempertaruhkan lensa baru, EOS C500 dan EOS C500 PL untuk menyokong rakaman pada kadar resolusi 4K bagi mendapatkan kualiti imej yang terbaik.

Antara kelebihan pada kamera EOS C500 di samping mampu merakamkan video pada kadar resolusi 4K iaitu fleksibeliti kamera bersama penggunaan lensa kamera biasa seperti lensa EF dan lensa wayang EF.

Sebagai tambahan, kamera tersebut juga turut dilengkapi bersama tapak (mount) lensa PL yang boleh di pasang dengan lensa PL skala industri.

Dalam pada itu, kamera digital lensa tunggal, EOS-1D C kini dihasilkan lebih ringan namun hadir dengan kebolehan merakamkan video pada kadar resolusi sebanyak 4K biarpun tanpa menggunakan peralatan 'peripheral' seperti perakam dalaman.

Kelebihan tersebut sekali gus memudah dan melancarkan kerja-kerja rakaman dan yang lebih menarik, EOS-1D C juga turut dilengkapi bersama teknologi Canon Log Gamma.

Teknologi Canon Log Gamma membantu pembikin filem menghasilkan kualiti rakaman panggung wayang dengan meminimumkan kekurangan bayang-bayang dan lebihan cahaya ketika rakaman dilakukan.

Selain itu, EOS-1D C juga memiliki jarak sensitiviti (ISO) daripada 100 hingga 51200 di mana kamera tersebut mampu menghasilkan imej yang terang dan jelas walaupun rakaman dilakukan dalam keadaan pencahayaan yang kurang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.