VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 07/01/2013

Rangkaian Ultrabook

Khoo Hung Chuan (kiri) ketika melancarkan model terkini komputer Lenovo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

VENDOR komputer peribadi, Lenovo, baru-baru ini melancarkan rangkaian peranti boleh ubah yang direka khusus untuk platform Windows 8 iaitu Ultrabook IdeaPad Yoga 13, IdeaPad Yoga 11 dan ThinkPad Twist.

Bagi gajet pintar Yoga 13, ia direka khusus dengan engsel revolusioner bagi membolehkannya berpusing melalui sudut 360 darjah yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core generasi ketiga.

Lebih menarik dengan rekaan fizikalnya setebal 0.6 inci, ia mampu menampung hayat bateri sehingga lapan jam tanpa mencacatkan paparan visual beresolusi tinggi (HD).

Menurut Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan, produk inovatif ini adalah peranti terbaik dalam memberikan pengalaman skrin sesentuh melalui penyediaan mod pelbagai guna dan sekali gus memberikan pengalaman unik kepada pelanggan.

Menurtu beliau, dengan teknologi yang seiring pembangunan gajet masa kini, ketika ini merupakan waktu yang tepat untuk memperkenalkan peranti boleh ubah sepertinya di pasaran ekoran pelancaran sistem operasi Windows 8 dan teknologi Ultrabook Intel.

Dengan teknologi Motion Control yang dimiliki, pengguna boleh mengambil gambar sebanyak mungkin di samping paparan imejnya yang lebih mudah dan pantas dengan hanya meletakkan sepuluh jari pada titik skrin sentuh.

IdeaPad Yoga 13 yang berharga RM3,399 seunit merupakan antara ultrabook mod pelbagai fungsi pertama dunia yang memperkenalkan teknologi putaran 360 darjah sekali gus menukar fungsi komputer riba kepada tablet dalam satu langkah ringkas.

“Sementara itu bagi IdeaPad Yoga 11 pula, ia merupakan komputer peribadi pelbagai mod paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 15.6 milimeter yang berharga RM2,599 seunit.

“Bagi ThinkPad Twist yang juga boleh digunakan sebagai ultrabook dan tablet, ia berharga RM3,519 seunit dan kesemua rangkaian gajet baru ini sudah mula berada di pasaran mulai bulan ini," tambahnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.