VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 09/09/2012

Projektor baru Canon

Sandy Lee menunjukkan projektor baru yang dilancarkan Canon di Kuala Lumpur, baru-baru ini

DALAM masa kewujudan banyak peralatan pengimejan di pasaran, Canon meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengadakan pembentangan, perkongsian maklumat dalam persidangan dan penayangan filem di rumah dengan pelancaran siri produk multimedia terbarunya.

Sebagai peneraju dalam pengimejan digital, Canon menggunakan kepakarannya dalam memperkenalkan pelbagai projektor yang sesuai untuk mana-mana gaya hidup dan keperluan tayangan kepada pelanggan.

Pengurus Pemasaran Kanan, Pencetak Laser dan Projektor Canon, Sandy Lee berkata, projektor Canon LV terdiri daripada tiga siri yang berbeza iaitu Siri A dengan model LV-8227A, LV-7392A, LV-7297A dan LV-7292A sesuai untuk pengguna yang mahukan tayangan berkualiti dalam persekitaran cerah.

"Siri M dengan model LV-8227M sesuai untuk kegunaan dalam pejabat kecil atau rumah pejabat dan ruang pejabat yang terhad.

"Manakala Siri S model LV-7392S, LV-7297S dan LV-7292S sesuai untuk mereka yang memerlukan projektor yang mempunyai fungsi asas dengan harga berpatutan," katanya semasa sesi soal jawab di pelancaran Teknologi Projektor dan Pengimejan Terkini di Kuala Lumpur.

Kesemua model, menurut Sandy adalah mudah alih disebabkan reka bentuk yang menjadikannya ideal untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Rangkaian projektor LV juga mempunyai ciri penyelenggaraan yang diperbaharui dan disertakan dengan pengiraan penapis bagi membolehkan pengguna menggantikan penapis apabila sampai masanya.

"Bagi menggantikan penapis, pengguna hanya perlu membalikkan projektor, tanggalkan penapis lama dan gantikan dengan yang baru. Semuanya boleh dilakukan sendiri," katanya.

Semua siri A dan M direka dengan penghubung HDMI di dalam yang membolehkan penayangan video digital berkualiti tinggi dengan mudah. Selain itu Canon juga menampilkan projektor XEED WX6000 bagi mereka yang mementingkan paparan berkualiti tinggi, pembaharuan teknologi dan prestasi diperbaharui. WX6000 adalah projektor pemasangan yang direka bagi mempertingkatkan pengalaman menonton.

Ciri ini menjadikannya sesuai digunakan di dunia lebih berpengaruh seperti institusi penyelidikan, perubatan, perbadanan besar, muzium serta galeri seni.

WX6000 memberikan penyambungan yang lebih baik kerana ia direka dalam pengurusan rangkaian terbina dalam dan port pelbagai yang menyokong input DHCP, HDMI dan DVI-D serta terdapat pangkalan yang direka khas untuk alat kawalan jauh.

Ia juga dilengkapi dengan dua lampu, alat kawalan jauh WX2000 juga boleh digunakan tanpa wayar pada jarak yang lebih jauh.

Canon LV dan projektor multimedia WX6000 boleh didapati di rangkaian Canon sah terpilih dan stok boleh didapati mulai Ogos dengan harga RM2,028 ke atas untuk projektor LCD siri LV manakala WX6000 akan berada di pasaran pada November dengan harga RM18,999 seunit.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.