VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 09/09/2012

Model terbaru ulang tahun ThinkPad

Khoo Hung Chuan (tengah) bergambar dengan produk terbaru ThinkPad.

SEMPENA ulang tahun ke-20 ThinkPad, syarikat pengeluar komputer Lenovo melancarkan dua Ultrabook terkini iaitu ThinkPad X1 Carbon dan ThinkPad T430u.

Apa yang lebih menarik dua model terbaru dipamerkan bersama-sama dengan model terdahulu selama 20 tahun bermula dengan ThinkPad pertama pada 1992, ikonik komputer riba ThinkPad 710c dengan papan kekunci rama-rama yang dilancarkan pada 1995.

Pengurus Besar Negara, Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, tidak banyak jenama yang bertuah menjadi ikon industri dengan peminat setia yang bersemangat dengan setiap generasi produk ThinkPad.

“Kami teruja mengumumkan kesediaan ThinkPad X1 Carbon Ultrabook, satu kejayaan besar dalam usaha berterusan kami untuk menentukan masa depan pengkomputeran perniagaan melalui inovasi berterusan.

“Dengan Carbon ThinkPad X1 dalam siri produk, kami mempunyai pelbagai jenis tawaran Ultrabook yang boleh memenuhi kedua-dua pengguna dan pengguna perusahaan," katanya semasa majlis pelancaran ThinkPad terbaru sempena ulang tahun ke 20.

ThinkPad X1 Carbon: Ultrabook Profesional boleh dikatakan paling ringan dalam kelasnya.

“Beratnya hanya 1.36 kilogram atau kurang daripada berat botol minuman ringan 1.5L selain paparan resolusi tinggi ke dalam reka bentuk komputer riba 14-inci," katanya.

Penggunaan serat karbon pada kemasan ThinkPad X1 Carbon mengekalkan ketahanannya untuk digunakan dalam hampir mana-mana persekitaran.

Bagi memastikan pengguna yang sentiasa sibuk dapat memaksimumkan penggunaan komputer riba mereka, Carbon X1 menyediakan hayat bateri sehingga lapan jam.

“Ini adalah masa cas terbaik bagi industri hasil RapidCharge Lenovo," katanya.

Selain itu Carbon X1 juga dilengkapi dengan pilihan teknologi jalur lebar 3G dan hotspot mudah alih bagi membolehkan pengguna terus berhubung di mana-mana sahaja, bila-bila masa.

Walaupun reka bentuk nipis, Carbon X1 memberikan pengguna pengalaman unik dengan papan kekunci dengan cahaya latar belakang bagi mengekalkan reputasi ThinkPad legenda sebagai industri terbaik untuk keselesaan dan ketepatan.

“Jadi pengguna masih boleh menggunakan komputer walaupun di dalam gelap," katanya.

Carbon X1 dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan termasuk isyarat kaca permukaan pad sentuh, kamera HD bagi mengesan wajah, mikrofon dan audio Dolby untuk bunyi lebih jelas.

Selain itu, Lenovo menawarkan pelbagai pakej perkhidmatan dan sokongan seperti pengimejan, jaminan lanjutan dan perlindungan kerosakan.

Manakala ThinkPad T430u Ultrabook pula sesuai bagi ahli perniagaan dan keperluan komputer peribadi profesional.

Pusat diagnostik

Model ini dikonfigurasikan dengan kombinasi unik grafik NVIDIA GeForce dan penyimpanan 1 terabyte.

T430u juga menyediakan keupayaan grafik yang berkuasa dan kapasiti simpanan yang besar - ciri-ciri yang jarang ditemui pada Ultrabooks.

Hayat bateri yang panjang sehingga lebih tujuh jam, memberikan lebih kebebasan kepada pengguna ThinkPad T430u.

T430u juga datang dengan Pusat Penyelesaian untuk Perniagaan Kecil Lenovo termasuk Kelebihan Perniagaan Kecil Intel yang menawarkan keupayaan berasaskan perkakasan untuk meningkatkan produktiviti dan keselamatan.

Pusat diagnostik pula membantu pengguna menguruskan pemulihan, kata laluan, sambungan Internet, perisian anti-virus, tetapan firewall dan peralatan.

ThinkPad X1 Carbon Ultrabook (3 Generasi Intel ® Core ™ I5) telah berada di pasaran manakala ThinkPad X1 Carbon Ultrabook (3 Generasi Intel ® Core ™ i7) dan ThinkPad T430u Ultrabook akan berada di pasaran pada akhir September.

Harga runcit ThinkPad X1 Carbon Ultrabook bermula dari RM 5,399 manakala T430u Ultrabook akan dijual bermula dari RM3,799.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.