VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 27/08/2012

Kad kesetiaan digital

HO HENG YEW (kanan) dan Pengasas Bersama Werebits Sdn. Bhd. Teon Ooi memperkenalkan aplikasi kad kesetiaan digital Chopink menerusi sokongan peranti telefon pintar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUMPUL enam cop pada kad kesetiaan sebelum menebus produk percuma atau mendapat diskaun ke atas pembelian seterusnya.

Itu antara bentuk promosi yang semakin popular dan menjadi trend peniaga hari ini bertujuan menghargai para pelanggan setia mereka.

Antara perniagaan yang banyak menggunakan sistem itu adalah makanan dan minuman, pakaian, aksesori wanita serta perkhidmatan seperti salon dan cucian kereta.

Dari satu sudut, pendekatan tersebut memang memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak pembeli dan peniaga.

Namun, pernahkah kita terfikir, selepas sistem itu diperluaskan, berapa banyak pula kad kesetiaan yang perlu dibawa bersama setiap kali keluar dari rumah dan ia tentu membebankan.

Justeru, sebuah syarikat teknologi tempatan, Werebits Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi mobiliti untuk platform telefon pintar bagi menggantikan sistem fizikal kad tersebut.

Dikenali sebagai Chopink, penyelesaian kad kesetiaan dalam talian itu bakal memastikan pengguna sentiasa membawa bersama 'kad' mereka dan tidak akan terlepas memperolehi cop setiap kali membuat pembelian.

Operasi Chopink sangat mudah di mana pengguna produk pintar Android dan Apple boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma.

Kemudian, untuk mendapatkan cop, mereka perlu mengibas kod QR yang boleh diminta daripada peniaga ketika membuat pembayaran sesuatu produk.

Menurut Pengarah Pemasaran Werebits Sdn. Bhd., Ho Heng Yew, pengenalan aplikasi itu bermatlamat memberi penyelesaian inovatif kepada pelanggan yang gemar membeli-belah.

''Selain itu, ia turut membantu para peniaga menarik lebih ramai pelanggan baru sekali gus meningkatkan keuntungan mereka.

''Lebih menarik, peniaga juga boleh mengenalpasti pelanggan yang aktif dan jenis produk yang popular,'' katanya pada pengenalan produk itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Daripada segi keselamatan, pelaksanaan Chopink adalah selamat di mana setiap peniaga akan dibekalkan dengan kod QR yang unik untuk sekali imbasan sahaja.

Untuk fungsi storan, peniaga akan disediakan dengan sokongan informasi menggunakan infrastruktur awan (cloud) daripada pengendali Amazon Web Service (AWS).

Kelebihan lain Chopink, setiap akaun pengguna akan di kemas kini secara masa nyata selain mereka turut menerima pemberitahuan.

Pengguna yang kehilangan peranti pintar pula boleh memuat turun semula aplikasi berkenaan dan log masuk menggunakan kata laluan sedia ada bagi mengakses akaun yang sama.

Menjelang penghujung tahun 2012, Werebits Sdn. Bhd. menyasarkan sebanyak 1,000 peniaga daripada pelbagai produk, jenama dan perkhidmatan bakal menggunakan aplikasi Chopink.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.getchopink.com, e-mel kepada enquiry@werebits.com atau hubungi 03-77329776.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.