VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 12/08/2012

Terang dalam gelap

GAMBAR waktu malam di perkampungan nelayan yang dirakam melalui dedahan 10 saat.

PELUANG untuk merakam gambar tidak terhenti apabila hari mula gelap. Fotografi malam (sama ada dengan atau tanpa flash) walaupun kedengaran agak sukar mampu memberikan hasil yang mengujakan.

Meskipun ramai beranggapan fotografi malam menuntut lebih kemahiran dan kelengkapan fotografi yang hebat, ia sebenarnya lebih mudah dengan kecanggihan kamera digital masa kini.

Jurugambar yang menerima cabaran fotografi malam biasanya pulang dengan hasil yang lebih berbaloi, kesan daripada 'permainan' cahaya, warna-warna dan bayang di persekitaran.

Pergerakan lampu kereta di jalan raya, kesan lampu neon di tengah kota dan simbahan cahaya bulan pada laut misalnya antara subjek yang kerap diterokai jurugambar yang sentiasa mencari kelainan.

Bagaimana ia dilakukan?

n Untuk mencuba fotografi ini, fahami penyelarasan kelajuan pengatup (shutter speed) kerana ia hanya boleh dihasilkan dengan memperlahankan pengatup.

n Pengatupan perlahan boleh dikatakan sebarang kelajuan kurang daripada 1/100 yang biasa digunakan pada siang hari.

n Misalnya, untuk mendapatkan kesan lampu kenderaan, penyelarasan boleh ditetapkan pada 1/10, 1/8 atau selama beberapa saat.

n Untuk fotografi malam, penggunaan tripod adalah wajib. Fungsinya untuk membolehkan pendedahan cahaya dilakukan tanpa gegaran.

n Ketegapan tripod membolehkan kamera merakam semua pergerakan cahaya yang memberi kesan kabur dan sinar samar pada masa sama objek pegun akan kekal jelas.

n Ubah kelajuan pengatup pada beberapa tetapan untuk hasil yang memuaskan. Ulang dan ulang untuk melepaskan kreativiti anda!

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.