ARKIB : 05/08/2012
Rakam aksi sukan
BERCERITA tentang mengambil gambar aksi sukan memang menyeronokkan. Namun ia bukanlah suatu hal yang mudah kerana setiap jurufoto yang bekerja dalam bidang ini perlu mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.
Selain itu mereka perlu sentiasa peka ketika merakamkan aksi-aksi yang pastinya tidak akan berulang buat kali kedua.
Biasanya, jurufoto sukan terlebih dahulu perlu memahami setiap sukan yang akan dirakamkan. Mereka akan cuba membaca setiap pergerakan ahli sukan yang terlibat dalam satu-satu sukan agar memudahkan rakaman dijalankan.
Misalnya, dalam sukan badminton atau terjun papan anjal, setiap pergerakan atlet adalah terlalu cepat dan pastinya memerlukan jurufoto menggunakan kelajuan shutter yang tinggi. Di sinilah jurufoto perlu tahu mengimbangi pergerakan atlet dengan bacaan cahaya persekitaran ketika penggambaran dijalankan dengan menggunakan speed yang tinggi.
Mereka juga mesti menggunakan ISO yang tinggi bagi mengimbangi cahaya untuk penggambaran yang dijalankan di dalam dewan atau dalam stadium pada waktu malam.
Apa pun seseorang jurufoto perlu merakamkan setiap aksi dengan baik agar tidak terlepas apa pun.
Anda perlu peka dengan keadaan dan yang pasti perlu ada kamera yang mempunyai kelajuan merakamkan gambar dengan kadar tinggi (frame/ second).
Kamera lensa boleh ubah
1M4U untuk belia Malaysia
Q10 kekal papan kekunci QWERTY
Ringan dan bergaya
Xperia SP tawar teknologi HD terbaik
Samsung DV150F pintar dan canggih
Peranti lapan dalam satu
Kamera pertama dan termahal dunia
Komputer pintar Samsung ATIV
Huawei tubuh Pusat Inovasi
Erti patrotisme bagi kanak-kanak
Fenomena TV Internet
Transformasi perkhidmatan teksi
Generasi baru Lumia
Semua dalam satu
GoPro Hero3 rakam aksi lasak
Platform Windows Phone 8
Telefon pintar LTE
Buang Timeline dalam Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









