ARKIB : 16/07/2012
Keunggulan prestasi
ORGANISASI teknologi global Lenovo terus memperkasakan rangkaian produk pengkomputeran digital mereka menerusi pengenalan pelbagai evolusi reka bentuk dan fungsi.
Terbaru
Bukan setakat itu, ia turut ditawarkan dalam kos mampu milik tanpa berkompromi dengan gaya dan kualiti terbaiknya.
Menurut Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan, kehadiran model-model itu bakal membantu pengguna melaksana aktiviti tugasan dan hiburan secara lebih lancar.
Rangkaian Lenovo IdeaPad U310 dan U410 dipacu oleh pemproses Intel Core i3, i5 dan i7 generasi ketiga untuk tawaran pengendalian prestasi mobiliti unggul.
Spesifikasi lainnya, ia disokong ruang storan satu terabait (TB), grafik NVIDIA GeForce, ketahanan kuasa bateri sehingga sembilan jam dan kawalan mudah pada pad sesentuh.
Untuk ciri baru Enhanced Experience 3 (EE3) yang ditampilkan pada sistem operasi Windows 7 pula, ultrabook berkenaan mengambil masa sangat singkat untuk dihidupkan iaitu 40 peratus lebih cepat berbanding peranti biasa.
Akhir sekali, menerusi ciri Lenovo Smart Update, peranti-peranti ultrabook ini akan mengemaskini e-mel, kontak dan akaun laman web sosial pengguna secara automatik.
Lenovo IdeaPad U310 dan U410 kini ditawarkan pada harga pasaran masing-masing RM1,999 dan RM2,699. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web www.lenovo.com.
Tingkatkan prestasi Mac
Berita bola sepak semasa
Evolusi media digital
Siri telefon pintar Lenovo
Kos operasi minimum dengan Skali Cloud
Fotografi dalaman
Nano tampil lebih besar
Janji Nikon
Paling langsing
Televisyen, peti sejuk pintar Samsung
Pertaruh tiga ciri baru
Kamera lensa boleh ubah
1M4U untuk belia Malaysia
Q10 kekal papan kekunci QWERTY
Ringan dan bergaya
Xperia SP tawar teknologi HD terbaik
Samsung DV150F pintar dan canggih
Peranti lapan dalam satu
Kamera pertama dan termahal dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










