VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 09/07/2012

Kejuruteraan mewah

LEGASI pembangunan produk telefon bimbit pintar BlackBerry terus ditampilkan dalam pelbagai bentuk pembaharuan unggul.

Mengambil kira spesifikasi, reka bentuk serta keupayaan mobiliti, kesemua rangkaian produk selularnya dilengkapi fungsi sofistikated dan berteknologi tinggi.

Maka, tidak hairanlah hari demi hari, jenama tersebut semakin diterima baik dan menjadi fenomena di kalangan pengguna gajet telekomunikasi negara ini.

Ia kerana, aplikasinya bukan sekadar mampu membantu mereka melaksana aktiviti profesional seperti urusan kerja, malah turut digunakan untuk tujuan hiburan dan multimedia.

Keunikan tersebut secara langsung mendorong jenama syarikat Research In Motion (RIM) itu untuk terus bergerak kukuh dalam arena penciptaan peranti telefon bimbit pintar di peringkat global.

Namun, bagi mencari kelainan dan memberi rasa eksklusif kepada pengguna tegar produk yang berasal daripada Kanada itu, RIM baru-baru ini tampil bersama model mewah BlackBerry Porsche P’9981.

Dicipta untuk gaya luar biasa, kerjasama kali pertama RIM dengan syarikat pembangun reka bentuk automobil Porsche Design itu dilengkapi binaan elegan serta prestasi kejuruteraan mengagumkan.

Menurut Pengarah Negara RIM Malaysia, Annamalai Muthu, pembangunan produk berkenaan tidak sekadar menyasarkan fungsi berhubung semata-mata sebaliknya lebih daripada itu.

‘‘BlackBerry Porsche P’9981 dicipta untuk membawa aspirasi penjenamaan dan imej sempurna sebagai pelengkap kepada aktiviti komunikasi.

‘‘Apa yang penting, kombinasi gaya dan fungsi ini dilihat mampu memberi pengalaman mobiliti mewah dan moden kepada pengguna.

‘‘Tambahan pula, kolaborasi ini dijalankan bersama jenama terkemuka dan berpengaruh di dunia,’’ katanya pada pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sesuatu yang menarik perhatian, pembangunan peranti pintar itu sangat unik yang mana bingkainya dibina menggunakan keluli tempa tahan karat, bahagian belakangnya pula diperbuat daripada kulit berkualiti, papan kekunci QWERTY berseni pahat serta skrin sentuh luas dengan kejelasan tinggi.

Lebih istimewa, ia hadir bersama paparan antara muka Porsche Design menarik serta mempunyai nombor pin premium untuk tujuan sokongan laman sembang maya menggunakan aplikasi BlackBerry Messenger (BBM).

Melalui nombor pin unik itu juga, ia akan dapat memudahkan pengecaman pengguna telefon pintar BlackBerry Porsche P’9981 di samping boleh diintegrasi bersama aplikasi Wikitude World Browser yang dibangunkan khusus untuk model tersebut.

Secara asasnya, aplikasi berkenaan menyediakan medium interaksi sosial digital era baru menerusi sokongan platform kompas dan accelerometer untuk memperoleh pelbagai informasi pada sesuatu lokasi.

Ia termasuk berhubung dengan kontak BBM berhampiran serta mendapatkan ulasan restoran atau tempat-tempat menarik di sesebuah kawasan untuk dikongsi bersama pengguna BBM yang lain.

Melengkapkan gaya elit gajet itu, ia turut didatangkan bersama sarung kulit dengan kemasan bergaya, pod pengecas, set telinga unik serta kain penggilap untuk tujuan penjagaan peranti.

Dengan segala kelebihan itu, BlackBerry Porsche P’9981 kini telah pun berada di pasaran Malaysia dengan tawaran pada harga RM6,388.

- NAZRUL AZIM SHARUDDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.