VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MEGABAIT

ARKIB : 02/07/2012

Tawaran Canon

EOS 650D menawarkan mod Handheld Night Scene bagi memboelhkan pengguna merakam imej dengan lebih baik tanpa menggunakan tripod.

DI jangka mampu menyaingi EOS 600D yang merupakan jaguh kepada jurugambar peringkat amatur kini, EOS 650D hadir bersama pelbagai teknologi terbaru.

Antara yang pertama kalinya diperkenalkan kepada refleksi lensa tunggal digital ( DSLR) adalah skrin sesentuh pelbagai guna.

Teknologi tersebut menjadikan EOS 650D merupakan DSLR yang pertama menggunakan skrin sesentuh pelbagai guna persis telefon pintar yang terdapat di pasaran.

Aplikasi skrin sesentuh EOS 650D tersebut dibina bagi memudahkan penggunaan DSLR sehingga ke tahap maksimum.

Ia juga dikenali sebagai Vari-angle Touch Screen yang membolehkan pemiliknya mengawal kadar dedahan kamera dan kelajuan shutter dengan lebih mudah.

Malah kawalan auto fokus dalam mod paparan hidup (live view) juga semudah sentuhan hujung jari pada bahagian gambar yang hendak difokuskan.

Biarpun berada di peringkat amatur, EOS 650D turut dilengkapi bersama perkakasan yang terbaru seperti kadar ISO sehingga 6400 dalam mod automatik dan boleh ditingkatkan kepada 12800 dan sehingga 25600.

Kelebihan kadar ISO yang lebih dinamik, membolehkan pemilik EOS 650D merakam gambar dengan lebih jelas dan terang biarpun berada dalam keadaan cahaya yang kurang.

Biarpun begitu, jika kadar ISO ditingkatkan pastinya imej yang dirakam akan 'pecah' (noise). Justeru itu, Canon memperkenalkan fungsi rakaman pelbagai pengurangan bunyi dengan merakam empat imej dan akan digabungkan menjadi satu bagi memperbaiki kesan pecah tersebut.

Bagi membantu pengguna amatur merakam imej pada sudut dan situasi yang sukar, Canon menyediakan teknologi scene detection.

Contohnya jika anda sedang merakamkan imej potret, secara automatiknya ia akan menukarkan latar belakang gambar menjadi kabur bagi memastikan imej yang dirakam nampak naik.

Malah, jika penderia (sensor) kamera mengesan sebarang pergerakan, ia juga akan menukarkan kelajuan shutter secara automatik.

Bagi mereka yang minat merakamkan imej pada waktu malam, EOS 650D menawarkan aplikasi baru yang dikenali sebagai mod Handheld Night Scene yang mana anda boleh merakam imej dengan lebih baik tanpa menggunakan tripod.

Dalam pada itu, EOS 650D turut dilengkapi aplikasi In-Camera Movie Editor dan Movie Servo AF yang akan mengesan subjek rakaman bagi memastikan ia terus difokus oleh kamera.

EOS 650D turut memperkenalkan aplikasi penyunting mudah guna iaitu 'snapshot yang biasa kita temui di dalam perakam video Canon Legria.

Secara keseluruhannya EOS 650D bukan sahaja menawarkan pelbagai aplikasi dan teknologi yang terbaru, malah ia juga bakal memberikan satu pengalaman merakam yang terbaik buat mereka yang baru mahupun lama terlibat didalam bidang seni fotografi.

Apa yang pasti, anda tentu tertanya-tanya berapakah nilai EOS 650D yang bakal menjadi kegilaan ramai.

Untuk badan EOS 650D sahaja ia bernilai RM2,599 dan jika ditambah dengan lensa EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS II harganya meningkat kepada RM2, 999 manakala bersama lensa EF-S18-135mm f/3.5-5.6 IS STM pada kadar harga RM3, 899.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Canon di www.canon.com.my.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.