VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 12/09/2013

Datuk dituduh menipu RM2.5 juta

MOHAMMAD Kassim (kanan) di Kompleks Mahkamah Sesyen, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 11 Sept. - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama isteri dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan transaksi berjumlah RM2.5 juta, tiga tahun lalu.

Datuk Mohammad Kassim, 48, isteri keduanya, Ezanoni Hadjeli, 32, serta adiknya, Taha Kassim, 41, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melalui orang tengah Joshua Wong Tiing Ei, 47, dari One Star Corporation Sdn. Bhd. telah menipu Ting Jack Hing, 50, dari Sunrise Topteam Sdn. Bhd. membabitkan tiga transaksi berasingan yang bernilai RM2.5 juta.

Menerusi syarikat mereka, ENR Solid Corporation Sdn. Bhd., kesemua tertuduh didakwa memperdaya mangsa dengan memberi surat tawaran kontrak palsu membekal bahan binaan, membina, memasang dan menyelenggara 2,000 papan tanda kempen Tak Nak Merokok di Sabah.

Menurut mereka, surat tawaran tersebut bernilai RM10 juta dan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Mangsa kemudian didakwa membayar wang pendahuluan pada 24 Mac, 30 April dan 14 Mei 2010 melalui dua keping cek yang masing-masing bernilai RM1 juta serta sekeping lagi cek bernilai RM500,000 kepada tertuduh-tertuduh, yang tidak akan dilakukan jika tidak diperdayakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat ENR Solid Corporation Sdn. Bhd., Tingkat Satu, Sublot 10, Lot 228, Premier Mall, Jalan Tun Jugah di sini di antara 1 Januari 2010 dan 27 April 2011.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samira Khalili mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.

Dayang Ellyn Narisa membenarkan setiap tertuduh yang diwakili peguam Ratanah Devi Yusof Perumal diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 9 Disember ini.

Bagaimanapun hanya Mohammad yang dibebaskan selepas isteri pertamanya membayar wang jaminan manakala Taha dan Ezanoni gagal membayar jaminan masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.