VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 02/07/2013

Ibu tunggal warga Thai edar dadah dihukum gantung

ALOR SETAR 2 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warganegara Thailand yang didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Miss Thitima Khongnun, 30, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Miss Thitima dituduh mengedar 18,172 gram dadah jenis kanabis di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan pukul 9.10 malam pada 20 Oktober 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, bas yang dinaiki tertuduh ditahan pihak Kastam Diraja Malaysia dan semua penumpang diarah turun dan membuka beg yang dibawa mereka.

Ketika tertuduh yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, Thailand membuka beg (yang dikunci) yang dibawanya, kastam menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis kanabis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Naziah Mokhtar manakala tertuduh diwakili Ali Munawar Razak. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.