VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 15/05/2013

Keputusan kes Azlin dan bapa, 31 Mei

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pelakon drama, Wan Nor Azlin memohon Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan tuntutan saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepencarian bersama arwah ibunya.

Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, telah memfailkan saman terhadap Wan Nor Azlin, 45, pada 5 Februari lalu dengan mendakwa, anaknya itu menghalangnya menjual hartanah dan enggan keluar dari rumah tersebut.

Wan Nor Azlin yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi drama Takbir Untuk Abdah itu pula, telah memfailkan permohonan pada 20 Mac lalu untuk mengetepikan saman berkenaan.

Ini kerana pelakon itu yang diwakili peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz menyatakan, mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya memandangkan terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya itu.

Nuraini Atiqah memberitahu pemberita, Hakim Rosilah Yop menetapkan 31 Mei ini untuk memutuskan permohonan Wan Nor Azlin yang dinamakan sebagai pihak defendan.

Menurut beliau, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini dengan kehadiran peguam Razila Rashid mewakili Wan Mohd. Husain selaku pihak plaintif.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, dia telah mengajak defendan tinggal bersama selepas isterinya meninggal dunia dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah meminta anaknya itu membuat sebarang bayaran bil utiliti atau sewa bulanan.

Pada pertengahan 2011, plaintif memberitahu defendan yang dia ingin menjual rumah tersebut dan mahu hartanah itu dikosongkan tetapi defendan enggan keluar dengan alasan telah memasang kabinet dapur dan almari pakaian.

Wan Mohd. Husain mendakwa, anaknya turut mengoyakkan iklan yang ditampal dan mengganggu bakal pembeli yang datang melihat rumah itu.

Pelakon itu juga dakwa bapanya, telah memasukkan kaveat (sekatan) persendirian pertama pada 12 Oktober 2011.

Menurut plaintif, dia kemudian telah menandatangani satu perjanjian jual beli dengan pihak ketiga pada 31 Oktober 2012.

Namun sehingga hari ini, dakwa plaintif, Wan Nor Azlin enggan mematuhi surat tuntutan yang dikeluarkan pada 30 Disember 2012 dan masih menduduki hartanah tersebut.

Plaintif menyatakan, defendan pada 16 Januari 2013 telah mengarahkan supaya kaveat persendirian bagi kali kedua dimasukkan walhal anaknya itu tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

Tindakan defendan itu menurut plaintif telah menyebabkan dia tidak menikmati hak sebagai pemilik berdaftar dan mengalami kerugian selain terpaksa menanggung kos pemotongan kaveat.

Plaintif mendakwa, anaknya turut menghalangnya tinggal di rumah teres satu tingkat itu misalnya dengan menukar kunci pintu utama dan membuang kelengkapan sedia ada.

Disebabkan berasa keselamatannya terancam, menurut plaintif, dia telah membuat laporan polis pada 31 Mac tahun lalu akibat trauma setelah mendakwa dimarahi dan dipukul sehingga terpaksa menyewa rumah lain.

Plaintif sehubungan itu antaranya memohon perintah untuk mendapatkan milikan kosong ke atas hartanah dan membatalkan kaveat persendirian oleh anaknya itu serta ganti rugi.

Wan Nor Azlin merupakan ibu kepada tiga anak, Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8, hasil perkongsian hidupnya dengan peguam, Mohd. Yazli Yaakob.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.