VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 18/04/2013

Balkis: Rayuan sembilan pihak dibenar

PUTRAJAYA 18 April - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan sembilan pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakimannya berhubung pembatalan pendaftaran Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Balkis pernah dituduh oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahgunakan kewangan semasa di bawah presidennya yang dahulu, Datin Seri Zaharah Kechik iaitu isteri Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan itu selepas berpuas hati perayu-perayu mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk diberikan remedi seperti yang dimohon.

Perayu-perayu terdiri daripada Kerajaan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Bhd., Kumpulan Darul Ehsan Bhd., Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd., Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., Selaman Sdn. Bhd., PKNS Infra Bhd. dan PKNS Engineering & Construction Bhd.

Kesemuanya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Disember dua tahun lalu yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan semakan kehakiman Puan Sri Salbiah Tunut iaitu isteri Menteri Besar Selangor agar badan amal itu didaftarkan semula bermula dari tarikh pembatalan pada 11 Februari 2009. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.