ARKIB : 28/02/2013
Amah Indonesia didakwa dera anak majikan
KOTA BAHARU 28 Feb. - Seorang amah warga Indonesia hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak majikannya yang berusia 15 bulan dalam satu kejadian Sabtu lalu.
Enong Nur Sukma, 41, yang berasal dari Bandung, Indonesia itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Qaseh Nur Alia Mohd Syazwan dengan cara menggoyangkan badan dan kepala serta melayan kanak-kanak perempuan itu dengan cara kekasaran yang boleh mencederakan mangsa.
Beliau didakwa melakukan penganiayaan itu di sebuah rumah di Lorong Haji Pak Noh, Jalan Bayam di sini pada pukul 10.30 malam, Sabtu lalu dan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Enong yang mengangguk faham atas pertuduhan itu dilihat sesekali mengalirkan air mata sepanjang prosiding itu berlangsung.
Hakim Mahkamah Sesyen, Yusuf Yunus kemudiannya menetapkan 1 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan.
Bagaimanapun, Enong yang diwakili peguam, Roshazlizawati Muhammad tidak dibenarkan diikat jamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noor Hilwani Mat Rifin. - BERNAMA
Dera amah: Pasangan suami isteri dipenjara 15 tahun
Pelakon dakwa cedera ditolak
Jurutera didakwa bunuh isteri
Kes Yazid, Muhammad Hilmi dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah tolak kes saman Sani United terhadap Utusan
Yazid Sufaat, rakan dibicara di Mahkamah Tinggi
Peguam didakwa menipu RM2.3 juta
Jurutera didakwa bunuh isteri
Tak mengaku tikam adik ipar
Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan
Anggota Rela rasuah dijel setahun
Sekolah Tamil: 2 peguam tarik balik saman kepada PM, TPM
Dua rakyat Iran direman sementara tunggu rayuan
Rasuah: Anggota Rela dipenjara, denda RM20,000
Prosiding siasatan RCI Sabah disambung
Mahkamah Tinggi Johor Bahru putuskan kes Dirang 28 Jun
Wanita hadapi 489 tuduhan pecah amanah RM600,000
Eksekutif hina Sultan Johor diarah bela diri
Rogol: Warga Indonesia dipenjara, 3 sebatan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










