VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 26/02/2013

Pengurusan kes saman berkaitan SRJK Tamil, 17 Jun

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Jun ini pengurusan kes saman terhadap Perdana Menteri, timbalannya dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan kononnya 523 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di negara ini ketinggalan daripada segi bantuan kewangan kerajaan.

Hakim Datuk V.T. Singham menetapkan tarikh itu hari ini ketika pengurusan kes saman oleh peguam M. Manoharan yang juga Ahli Parlimen Kota Alam Shah dan peguam P. Uthayakumar yang merupakan Ketua Umum pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Tarikh itu ditetapkan selepas Peguam Kanan Persekutuan, Effandi Nazila Abdullah memaklumkan, pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut telah memfailkan notis usul pada 8 Februari lalu.

Beliau memberitahu pemberita, notis itu untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Januari lalu.

Dalam saman yang difailkan pada 9 Februari 2012, Manoharan dan Uthayakumar selaku pihak plaintif menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran serta kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Kedua-dua plaintif yang kini berusia 52 tahun itu mendakwa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak sama rata dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap sekolah tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif menuntut dua perisytiharan dan sembilan perintah, antaranya status sekolah-sekolah Tamil adalah bantuan modal dan bukan bantuan penuh adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dengan Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961.

Mereka juga mahukan perintah agar satu tabung berjumlah RM55 bilion dibayar oleh pihak defendan selama 55 tahun kepada SRJK Tamil ke dalam akaun bersama firma guaman pihak plaintif bagi membantu pelajar yang kononnya teraniaya.

Plaintif turut menuntut perintah supaya satu kampus Universiti Malaya untuk melatih sekurang-kurangnya 1,000 guru berijazah bagi Sekolah-sekolah Tamil didirikan dengan bajet RM300 juta di sebelah SRJK Tamil Tanah Rata, Cameron Highlands.

Pada 20 Jun tahun lalu, Hakim Singham membatalkan saman itu setelah mendapati pihak plaintif telah gagal membuktikan mereka mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan tindakan tersebut.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada 14 Januari lalu, memutuskan sebaliknya iaitu pihak plaintif berhak untuk menyaman kesemua defendan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.