VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 21/01/2013

Utusan akan kemuka rayuan keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel 'Tolak Anwar - Hasan' pada tahun lalu.

Hakim Datuk V. T Singham memutuskan demikian dengan kos RM45,000 setelah mendapati kedua-dua artikel berkaitan berunsur fitnah terhadap Anwar.

Bagaimanapun taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian.

Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 15 Februari ini untuk menentukan sama ada terdapat permohonan untuk menggantung prosiding kes itu atau menetapkan tarikh berhubung taksiran ganti rugi.

Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta pada 20 Januari tahun lalu ekoran penerbitan artikel-artikel bertajuk ` Tolak Anwar-Hasan' dan `Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak' berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.