VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 08/01/2013

Mohamad Salleh fail permohonan gugur pertuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Bekas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang didakwa atas dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Sesyen di sini untuk menggugurkan pertuduhan itu.

Permohonan tersebut dikemukakan olehnya melalui peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding di kamar Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu pemberita, pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan hanya untuk menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapi oleh Mohamad Salleh.

Menurut beliau, mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pihaknya mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan tersebut namun kebiasaannya, pendakwaan diberi masa selama tiga minggu untuk berbuat demikian.

Mahkamah sehubungan itu menetapkan 8 Februari depan bagi sebutan kes dan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu 21 Januari ditangguhkan sehingga permohonan tersebut didengar.

Pada 12 Mac tahun lalu, Mohamad Salleh didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965, empat tahun lalu.

Mohamad Salleh yang kini berusia 65 tahun, didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 milik NFCorp melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung, Parcel B1-1 dan B1-2, Blok B, Bangsar di sini antara 1 dan 4 Disember 2009.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Bhd., 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail di sini untuk syarikat milik keluarga tertuduh, National Meat & Livestock Corporation Sdn. Bhd.

Mohamad Salleh juga didakwa menyalahgunakan RM40 juta milik NFCorp dengan memindahkan wang tersebut melalui sekeping cek dari bank yang sama ke dalam akaun Malayan Banking Bhd. cawangan Solaris, Mont Kiara milik National Meat & Livestock Corporation bagi kegunaan syarikat itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Bhd. beralamat sama antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda.

Mohamad Salleh turut didakwa atas dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana melakukan kedua-dua transaksi tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp pada tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 132 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.