ARKIB : 28/12/2012
Keputusan Anwar saman Utusan 21 Jan.
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 21 Januari depan keputusan kes saman fitnah RM50 juta oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan'.
Hakim Datuk V. T. Singham menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu hari ini.
Selain Utusan Melayu, turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.
Kedua-dua defendan itu diwakili peguam-peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun manakala Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diwakili N. Surendran dan Latheefa Koya.
Anwar, 65, selaku plaintif mengemukakan saman tersebut ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu.
Dalam saman yang difailkan pada 20 Januari lepas, plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka hadapannya dan di muka surat 10 telah mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.
Bagi plaintif, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC.
Terdahulu, Firoz Hussein ketika berhujah menyatakan, akhbar tersebut mempunyai tanggungjawab untuk menerbitkan isu-isu yang mempunyai kepentingan awam.
Beliau turut menyatakan, kenyataan yang dibuat oleh Hasan dalam artikel terbabit adalah kenyataan yang berdasarkan fakta iaitu temu bual Anwar dengan stesen televisyen, BBC.
Oleh itu, ujar peguam terbabit, ia bukanlah isu yang disensasikan.
Selain itu, Firoz Hussein turut menimbulkan persoalan sekiranya Anwar benar-benar berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan, mengapakah pemimpin parti pembangkang itu tidak menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sebagai salah seorang defendan.
Sementara itu, Surendran dalam hujahnya menyatakan, perlindungan bersyarat hanya boleh digunakan dalam situasi tertentu seperti ketika berdebat di Parlimen.
Tambahnya, menurut laporan akhbar tersebut yang bertarikh 17 Januari lalu, jelas menunjukkan bahawa anak guamnya hendak menghalalkan kegiatan tidak bermoral.
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









