VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 15/12/2012

Rayuan Khir Toyo pada tarikh lain

PUTRAJAYA 14 Dis. - Rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada satu tarikh lain.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali menetapkan demikian selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah hari ini meminta pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan lanjut berhubung isu sama ada Mohamad Khir membeli hartanah tersebut mengikut penilaian yang mencukupi berdasarkan kepada nilai pasaran.

Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili perayu menyatakan, isu berhubung nilai pasaran tidak dipertimbangkan secara serius oleh hakim bicara.

Beliau menghujahkan, anak guamnya membeli hartanah itu pada harga yang berpatutan iaitu RM3.5 juta mengikut nilai pasaran pada 2007 berdasarkan kepada penilaian hartanah yang dibuat secara profesional oleh firma penilaian, Rahim & Co.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud menghujahkan, Mohamad Khir mengetahui nilai pasaran hartanah tersebut pada 2004 ialah RM6.5 juta.

Beliau menyatakan, wujud keterangan yang menyatakan Mohamad Khir telah dimaklumkan berhubung nilai hartanah itu dalam pertemuan dengan saksi pendakwa pertama, Saiful Azni Shahabudin pada 2004.

Pada 23 Disember tahun lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut mengarahkan agar perayu dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Mohamad Khir, 47, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah serta sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin yang merupakan pengarahnya.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 pada 29 Mei 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.