VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 05/12/2012

Tertuduh kes cubaan bunuh Norizan dibenar ikat jamin

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Mahkamah Sesyen Ampang hari ini membenarkan permohonan seorang "bouncer" kelab malam yang menghadapi pertuduhan cubaan membunuh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali, diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan.

Sebelum ini Mohd Haswan Hashim yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Muhammad Zarif Othman yang mewakili Mohd Haswan supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan atas alasan dia mengalami kecederaan serius di tangannya dan memerlukan rawatan.

Manira juga memerintahkan agar Mohd Haswan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 27 Disember untuk perbincangan praperbicaraan kes itu.

Mohd Haswan, kelihatan menangis selepas mendengar keputusan itu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.