ARKIB : 22/11/2012
Buruh Indonesia dijel 10 tahun rogol OKU
JOHOR BAHRU 21 Nov. - Seorang buruh kasar warganegara Indonesia dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis kurang upaya (OKU), awal bulan ini.
Hakim Hassan Abdul Ghani memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh yang hanya dikenali sebagai Riduan, 27, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 November lalu.
Lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di rumah sewanya di Tingkat 4, Blok 18, Apartmen Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang, 1 November lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang bermain di tingkat bawah rumahnya di apartmen yang sama telah dipelawa oleh tertuduh ke rumah sewanya.
Bagaimanapun, mangsa menolak pelawaan itu sebelum tertuduh menarik tangan mangsa ke rumahnya dan kemudian merogolnya.
Mangsa yang pulang ke rumah selepas itu menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang kemudian membuat laporan di Balai Pasir Putih, di sini pada hari yang sama.
Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Riduan yang tidak diwakili peguam bela merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan tuduhan itu merupakan kesalahan pertamanya selain masih menanggung ibu bapa dan adik yang masih bersekolah di Indonesia.
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









