ARKIB : 09/11/2012
Bekas CEO Sime Darby fail permohonan batal pertuduhan
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB), Datuk Seri Ahmad Zubair@ Ahmad Zubir Murshid, yang didakwa pecah amanah melibatkan RM100 juta, akan memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.
Permohonan tersebut dikemukakan melalui peguamnya yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh di sini, hari ini.
Mohd Yusof berkata, pihaknya akan mengemukakannya di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais telah meminda dua pertuduhan utama terhadap Ahmad Zubair.
Pindaan tersebut yang sebelum ini menyebut “mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank..." dipinda kepada “untuk membuat bayaran bernilai...".
Bagaimanapun, Ahmad Zubair mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan pindaan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









