ARKIB : 25/10/2012
11 suspek menyamar kerabat diraja Kedah direman
PULAU PINANG 24 Okt. - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman ke atas 11 daripada 13 lelaki yang ditahan kerana disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini semalam.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan mengeluarkan perintah itu ke atas suspek yang berusia antara 38 dan 61 tahun untuk ditahan selama dua hari mulai hari ini.
Perintah reman tersebut dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Semalam, polis menahan 13 lelaki yang disyaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah dalam satu majlis pelantikan jawatankuasa sebuah pertubuhan amal Islam di sebuah hotel, di sini.
Dalam serbuan pukul 4 petang itu, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam dilaporkan berkata, mereka ditahan hasil daripada maklumat orang awam yang curiga dengan kegiatan kumpulan itu.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap semua suspek yang ditahan ketika majlis pentauliahan yang dihadiri kira-kira 200 peserta itu.
Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan
Anggota Rela rasuah dijel setahun
Sekolah Tamil: 2 peguam tarik balik saman kepada PM, TPM
Dua rakyat Iran direman sementara tunggu rayuan
Rasuah: Anggota Rela dipenjara, denda RM20,000
Prosiding siasatan RCI Sabah disambung
Mahkamah Tinggi Johor Bahru putuskan kes Dirang 28 Jun
Wanita hadapi 489 tuduhan pecah amanah RM600,000
Eksekutif hina Sultan Johor diarah bela diri
Rogol: Warga Indonesia dipenjara, 3 sebatan
Lelaki Nigeria ke tali gantung edar dadah di KLIA
Wanita mengaku lakukan 489 pecah amanah RM647,445
Cabul cucu: Warga emas diperintah bela diri
Hakim tarik diri kes tunjuk isyarat lucah
Kes bunuh Dirang diputuskan 28 Jun ini
Perwaja Steel diperintah bayar tunggakan hutang RM146j kepada Petronas
Bekas pengurus PPK dijel 7 tahun, 4 sebatan, denda RM380,000
Pengarah Urusan Kumpulan Pusrawi didenda RM37,000
Perwaja diperintah bayar RM146.139j kepada Petronas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










