ARKIB : 05/10/2012
Kes Anwar saman Nalla, Utusan, 26 Nov.
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan ke 26 November ini.
Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera yang menetapkan demikian turut menangguhkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula awal November ini ke 13, 14 dan 15 Februari 2013.
Menurut peguam, Latheefa Koya yang mewakili Anwar, penangguhan tersebut adalah berikutan peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Aziz dan syarikat penerbitan itu, Utusan Melayu (M) Bhd., terpaksa ke Kazakhstan dan bakal menunaikan haji.
Yang turut hadir dalam prosiding hari ini ialah peguam-peguam, Nurul Nabila Zamri yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee dan Nurshahira Abdul Salim.
Anwar selaku plaintif membuat permohonan tersebut berhubung kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakannya terhadap mereka atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menamakan Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), Utusan Melayu dan Abdul Aziz masing- masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Perenggan-perenggan yang dipertikaikan oleh pemimpin pembangkang itu dibuat setelah berpendapat hal itu tidak sepatutnya dimasukkan dalam pembelaan.
Bekas rakan baik Nallakaruppan itu dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa, perkataan fitnah tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Wanita dituduh culik, peras ugut
Kes tuntutan harta sepencarian hampir RM3 juta tangguh 24 Jun
10 pengganas Kiram didakwa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









