ARKIB : 10/09/2012
Kes Madrasah Salihiah
29 Oktober
ALOR SETAR 9 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 Oktober ini bagi memutuskan permohonan kerajaan negeri dan dua lagi untuk membatalkan saman waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut yang menghalang pihak terbabit merobohkan surau tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun membuat keputusan tersebut di kamar beliau kira-kira pukul 10 pagi ini dengan kehadiran peguam Jesvinder Jit Singh yang mewakili waris pemilik asal tapak madrasah itu selaku plaintif.
Jesvinder ketika ditemui pemberita memberitahu, mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan kerajaan negeri itu.
"Memandangkan pihak Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri pada 3 September lalu turut mengemukakan permohonan saman terhadap plaintif, jadi kita memerlukan sedikit masa untuk menyediakan afidavit dan mahkamah membenarkan," katanya.
Pada 6 Mei lalu, waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut di sini memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan oleh kerajaan negeri Kedah bagi tujuan pembinaan pusat beli-belah.
Injunksi itu difailkan oleh Jesvinder bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, dan Fidel Firaidi Mustafa, 49.
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Wanita dituduh culik, peras ugut
Kes tuntutan harta sepencarian hampir RM3 juta tangguh 24 Jun
10 pengganas Kiram didakwa
Tiada bukti mangsa berada di Ladang Gadong
Didenda tumbuk ketua pusat mengundi
Keputusan kes Azlin dan bapa, 31 Mei
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









