ARKIB : 29/08/2012
Lima lelaki mengaku tak culik ahli perniagaan
MELAKA 28 Ogos - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan, minggu lalu.
Kelima-lima tertuduh, Mi Chew Kek, 40, Lim Lian Huat, 41, Chow Diong, 51, Chong Noon Chee, 38, dan Teo Boon Han, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama rakan yang masih bebas didakwa telah menculik atau melarikan Tan Lung Lai, 36, bagi memaksa lelaki berkenaan menyerahkan hartanya.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak bas dan kenderaan awam berhampiran medan selera Perkampungan Portugis di sini pada pukul 9.10 malam, 22 Ogos lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd. Kudus yang mengendalikan pendakwaan, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam bela mewakili kelima-lima tertuduh, Rosal Azimin Ahmad pula memohon jumlah jaminan mereka dikurangkan atas alasan mereka merupakan peniaga kecil-kecilan dan fungsi jaminan untuk memastikan kehadiran mereka di mahkamah.
Syajaratudur kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 11 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.
Utusan Malaysia pada 24 Ogos lalu melaporkan mangsa dilarikan oleh kumpulan itu ketika hendak menemui rakannya di sebuah restoran makanan laut di Kampung Portugis, Banda Hilir di sini.
Mangsa yang memandu kereta Porsche diculik sejurus selepas membuka pintu keretanya sebelum dibawa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard berwarna hitam menghala ke ibu negara.
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Dipenjara 12 bulan ugut bapa
2 beradik, rakan bebas tuduhan bunuh
Aset syarikat pelaburan emas, Genneva kekal beku
Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









