ARKIB : 18/08/2012
Ibu bapa, lima lagi didakwa cuai sebab kematian Wan Xuen
BUTTERWORTH 17 Ogos - Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati akibat ditindih dalam satu upacara ritual pada awal bulan ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bersama lima ahli keluarganya yang lain atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Chua Seng Ban, 35; dan isterinya Lim She Lee, 35; bersama Chua Seng Hoo, 29; Chua Ah Luan, 40; Ong So Guat, 67; Loke Xim Lin, 21, serta seorang remaja lelaki berusia 16 tahun masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Kesemua tertuduh mempunyai ikatan kekeluargaan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan satu perbuatan gopoh atau cuai yang menyebabkan kematian Chua Wan Xuen di rumah No. 39, Lorong Bukit Minyak 19, Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah, Bukit Mertajam antara pukul 7.50 malam dan 10.52 malam, 5 Ogos lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim Amernudin Ahmad memerintahkan kedua-dua ibu bapa mangsa dibebaskan dengan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu manakala lima tertuduh lain masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 13 September ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela Ang Chun Pun.
Dalam kejadian 5 Ogos lalu, kanak-kanak perempuan tersebut menjadi mangsa satu ritual aneh apabila ditindih sehingga mati oleh lapan orang dewasa yang terdiri daripada ahli keluarga dan pembantu rumahnya.
Mangsa dipercayai mati kerana tidak boleh bernafas dan kejadian itu hanya disedari bapa saudara kanak-kanak berkenaan yang berkunjung ke rumah tersebut.
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









