ARKIB : 16/08/2012
Pengasuh tak mengaku dera kanak-kanak
MELAKA 15 Ogos - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lapan bulan antara Mei dan Jun lalu.
R. G. Saroja (gambar), 45, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tasik, Pulau Sebang di sini pada pukul 5.30 petang, Mei lalu dan pukul 6 petang pada bulan berikutnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak itu telah mengabai dan mendedahkan mangsa dengan menyebabkan kecederaan terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Safri Mohammed Na'aim mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Mohd. Safri menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu atas alasan dia tidak bersuami, tidak bekerja dan perlu menyara anak.
Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 September depan.
Beliau turut mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Pulau Sebang pada setiap 1 haribulan setiap bulan.
William mati akibat jatuh secara tidak sengaja
Harga tanah KDSB tidak termasuk kadar faedah
Tiga lelaki dihukum gantung
Penjara 10 tahun, 5 sebatan
Suami isteri dera amah dijel 15 tahun
Tiga lelaki digantung edar 4.862 kilogram ganja
Bapa dijel 10 tahun, 5 sebatan rogol anak tiri
Dera amah: Pasangan suami isteri dipenjara 15 tahun
Pelakon dakwa cedera ditolak
Jurutera didakwa bunuh isteri
Kes Yazid, Muhammad Hilmi dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah tolak kes saman Sani United terhadap Utusan
Yazid Sufaat, rakan dibicara di Mahkamah Tinggi
Peguam didakwa menipu RM2.3 juta
Jurutera didakwa bunuh isteri
Tak mengaku tikam adik ipar
Pukul lelaki hingga retak bahagian rusuk, dua sahabat dipenjara 40 bulan
Anggota Rela rasuah dijel setahun
Sekolah Tamil: 2 peguam tarik balik saman kepada PM, TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










