ARKIB : 11/08/2012
Didakwa bunuh isteri
PETALING JAYA 10 Ogos - Suami kepada eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta, TV9, Nur Syaleza Jaffar, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya itu bulan lalu.
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, seorang eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat gas dan minyak didakwa membunuh Nur Syaleza, di rumah mereka di No. 115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai.
Norazman Bashah yang memakai kemeja-T berwarna ungu mengangguk kepalanya sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Lelaki itu dilihat tenang sepanjang prosiding. Turut kelihatan di galeri awam adalah ahli keluarga tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala tertuduh diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan.
Mahkamah menetapkan 14 September ini bagi sebutan semula kes itu.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung dalam biliknya di Apartmen Saujana oleh suaminya, kira-kira pukul 7.25 malam pada hari kejadian selepas dikatakan tidak menjawab apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Dipenjara 12 bulan ugut bapa
2 beradik, rakan bebas tuduhan bunuh
Aset syarikat pelaburan emas, Genneva kekal beku
Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









