ARKIB : 09/08/2012
Peguam syarie Anwar mohon maaf pada Zainul Rijal
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kes saman fitnah RM10 juta oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap peguam syarie utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam prosiding qazaf, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan firma guamannya selesai selepas peguam syarie terbabit memohon maaf di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam syarie itu yang dinamakan sebagai defendan pertama dan firmanya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi selaku defendan kedua membaca permohonan maaf tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera.
Ia merupakan salah satu terma penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sementara terma-terma lain tidak didedahkan kepada media.
Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula semalam namun ditangguhkan ke hari ini.
Pada 13 Februari lalu, Zainul Rijal, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan Kamar Ainiah di portal propembangkang Malaysiakini dan Harakah Daily.
Ia berhubung dakwaan peguam syarie itu telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lalu untuk memburukkan imej plaintif sebagai peguam dan ahli perniagaan.
Pada prosiding hari ini, Zainul Rijal yang ditemani isterinya, Datin Norliza Tarmizi diwakili peguam-peguam, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Azhar Arman Ali.
Menurut permohonan maaf yang dibacakan, Kamar Ainiah, firmanya dan anak guam yang diwakilinya pada hari tersebut mengaku telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada Zainul Rijal pada satu sidang akhbar bertarikh 18 Ogos 2011.
Pada tarikh tersebut, Anwar telah memfailkan permohonan untuk menghalang plaintif daripada mewakili tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Tiga responden tersebut ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Defendan-defendan faham, apa juga yang diperkatakan pada hari tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu dan tertekan.
''Kami mengaku, kami tidak mempunyai sebarang asas untuk menyokong setiap dakwaan yang dibuat. Oleh itu, kami dengan ikhlas memohon maaf kepada Zainul Rijal atas sebarang tekanan mental, kerosakan dan kesengsaraan yang ditanggung olehnya,'' ujar Kamar Ainiah.
Beliau juga memohon maaf atas sebarang syak wasangka yang berkemungkinan timbul terhadap Zainul Rijal ekoran dakwaan-dakwaan yang dibuat.
Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak boleh digunakan oleh plaintif dalam mana-mana prosiding di Mahkamah Syariah, ujar Kamar Ainiah.
Sejurus selepas permohonan maaf itu dibacakan, Vazeer Alam merekodkan perintah persetujuan tersebut dan sempat mengucapkan tahniah kepada pihak plaintif dan defendan kerana berjaya menyelesaikan kes pada bulan Ramadan ini.
Sementara itu, ketika ditemui selepas tamat prosiding, Zainul Rijal menyatakan beliau memfailkan saman tersebut untuk membersihkan namanya dan kini menganggap ia telah selesai.
Beliau juga mengucapkan kesyukuran kerana kes itu berjaya diselesaikan dengan cara baik.
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









