ARKIB : 08/08/2012
Aidil dinasihat segera selesaikan kes kembali taat
PETALING JAYA 7 Ogos - Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini sekali lagi menasihati pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak agar segera menyelesaikan kes kembali taat yang dikemukakan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat teguran itu selepas Aidil buat kali kedua gagal hadir ke mahkamah hari ini.
Beliau menyatakan, Aidil perlu mempertimbangkan tindakan yang mana lebih afdal, hadir ke mahkamah menyelesaikan isu hubungan rumah tangga atau bermain bola sepak.
"Dia pelu mengorbankan salah satu. Kes ini tentang soal hidup, mati, anak, dosa dan pahala, jika tidak bermain bola tidak mendapat dosa," katanya kepada peguam syarie, Noor Azlina Che Hassan yang hadir bagi pihak peguam syarie yang mewakili Aidil, Ahmad Nazib Johari.
Wan Mahyuddin menyarankan nasihatnya itu disampaikan oleh peguam tersebut kepada Aidil.
Terdahulu, Noor Azlina memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya tidak hadir kerana sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu bermula 4 Ogos lalu.
Noor Azlina turut memfailkan afidavit jawapan kepada bantahan awal oleh Rita berhubung permohonan kembali taat itu.
Pada prosiding 9 Julai lalu, Aidil, 25, tidak hadir ke mahkamah atas alasan menjalani latihan bola sepak bagi menentang Arsenal.
Ketika ditanya oleh Wan Mahyuddin mengenai cadangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik, Noor Azlina menyatakan, setakat ini tiada sebarang kata putus daripada Aidil.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang mewakili Rita, 36, turut mengesahkan menerima salinan afidavit jawapan itu dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan bagi pihaknya menjawab semula afidavit tersebut.
Mahkamah seterusnya menetapkan sebutan semula kes itu pada 13 Oktober depan.
Siasatan polis bertaraf dunia
Kathavarayan rakan subahat manipulasi keterangan
'Salah doa Guan Eng di masjid'
Didakwa di bawah Akta Hasutan
Ummu Jah didakwa 22 November
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Saman fitnah: Rayuan Harakah ditolak
Mohd. Rafizi gagal ketepi pertuduhan
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









