ARKIB : 02/08/2012
Pengarah Strategi PKR didakwa
SHAH ALAM 1 Ogos - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media, Mac lalu.
Bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang, Johari Mohamad, 41, turut didakwa bersubahat dengan Rafizi melakukan perbuatan tersebut.
Rafizi, 35, dan Johari masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Mengikut pertuduhan, Rafizi didakwa mempunyai akses kepada dokumen berupa salinan rumusan akaun bank Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.
Ketiga-tiga syarikat itu terlibat dalam mengendalikan projek ternakan lembu di bawah NFC.
Rafizi didakwa menzahirkan kesemua dokumen itu kepada konsultan media, Yusof Abdul Alim dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR, A-1-09, Merchant Square, No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya dekat sini pada 7 Mac lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Rafizi sebelum itu ditahan oleh sepasukan polis di kediamannya di Bukit Antarabangsa awal pagi ini dan dibawa ke Balai Polis Hulu Klang sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Sementara itu, Johari yang didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA 1989 dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama.
Pertuduhan yang dihadapi oleh Rafizi dan Johari, masing-masing boleh dihukum di bawah Seksyen 103(a) BAFIA yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM3 juta atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh.
Peguam bela, N. Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh pula memohon jaminan lebih rendah atas alasan Rafizi kini tidak mempunyai pendapatan tetap, dan sebagai seorang yang dikenali umum, anak guamnya itu tidak akan melarikan diri.
Menurut Surendran, Johari pula berpendapatan RM3,000 sebulan ketika bekerja sebagai kerani dan perlu menyara isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.
Aslam kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sebagai syarat jaminan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 September ini. Kedua-duanya dibebaskan selepas membayar jaminan masing-masing.
Kalimah Allah: Majlis Agama dan MACMA dibenar jadi pencelah
Tertuduh kes Dirang diperintah bela diri
Saiful Apek, tiga rakan diperintah bela diri tuduhan dadah
NFC: Shamsubahrin dibayar sebagai konsultan
Wanita Indonesia dera anak tiri sampai mati digantung
Mohamad Salleh setuju bayar Shamsubahrin RM2.75 juta untuk konsultasi
Kes dadah: Mahkamah Tinggi perintah Saiful Apek bela diri
Adam Adli didakwa esok
Hakim tidak digalak salin semula penghujahan bertulis
Mahkamah benarkan 55 IPTS cabar keputusan pendaftar
Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok
Dipenjara 12 bulan ugut bapa
2 beradik, rakan bebas tuduhan bunuh
Aset syarikat pelaburan emas, Genneva kekal beku
Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









