VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 21/07/2012

Polis didakwa cuai sebabkan kematian rakan

KLANG 20 Julai - Genap 43 hari seorang anggota polis trafik, Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri meninggal dunia, seorang rakan setugasnya hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa semasa operasi cegah lumba haram.

Koperal Mohd. Sedi Mat, 51, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Trafik Klang Selatan, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Hurman Hussain.

Tertuduh itu didakwa telah secara cuai atau gopoh menyebabkan kematian Mustaghni, 48, pada pukul 1.45 pagi, 3 Jun lalu di Jalan Lingkungan Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md. Tahir yang mengendalikan pendakwaan, mencadangkan mahkamah membebaskan Mohd. Sedi dengan jaminan RM8,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi merayu agar jumlah tersebut dikurangkan sehingga RM4,000 dengan seorang penjamin

Menurut peguam itu, anak guamnya seorang anggota polis yang baik dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

''Bapa kepada tujuh orang anak yang masih bersekolah itu telah berkahwin semula selepas isteri pertamanya meninggal dunia dan bertekad akan membuktikan kepada mahkamah, dia tidak bersalah,'' ujar Afifuddin.

Tertuduh juga menurut peguam itu, telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Mahkamah membenarkan Mohd. Sedi diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 September depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Menurut laporan akhbar, Allahyarham Mustaghni koma pada hari kejadian selepas mengalami kecederaan semasa bertugas dalam operasi cegah lumba haram di Taman Gembira di sini, dipercayai akibat dirempuh dan dilibas dengan topi keledar oleh dua mat rempit yang cuba melarikan diri.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.